Tuesday, 24 May 2011

MORFOLOGI

JENIS AYAT


v Terdapat empat jenis ayat berdasarkan daya pengucapan atau intonasi dan tujuan ayat itu diucapkan.

Ayat Penyata

ü Ayat penyata diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau memberi keterangan mengenai sesuatu hal. Ia dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh : Anita seorang gadis yang cantik.

Ayat Tanya


ü  Ayat tanya digunakan untuk menyoal dan mendapatkan jawapan atau reaksi mengenai sesuatu perkara.
Contoh : Siapakah yang menyediakan makanan ini?

Ayat Perintah


ü Ayat perintah diucapkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Ia boleh dikategorikan kepada empat:
a)    Ayat suruhan. Contoh : Kamu bersihkan bilik ini sebelum pulang
b)    Ayat larangan. Contoh : Jangan buang sampah di sini
c)    Ayat silaan. Contoh : Sila datang ke rumah saya
d)    Ayat permintaan. Contoh : Tolong belikan saya sehelai baju

Ayat Seruan


ü Ayat seruan diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan sesuatu perasaan, sama ada takut, kagum, marah, gembira dan sebagainya. Tanda seru diletakkan pada akhir ayat seru.
Contoh : Amboi, cantiknya!
               Aduh, sakitnya!

No comments:

Post a Comment